Kem Motivasi Diri Dan Pemantapan Ibadah
Pada 9 Julai 2005, buat pertama kalinya Ahbaab-Ul Masjid telah menganjurkan “Kem Motivasi Diri Dan Pemantapan Ibadah – Ke arah Melahirkan Pemuda yang Berilmu, Beriman dan Bersatu” di Surau Malabar Hidayatul Islam. Objektif Program ini diadakan adalah untuk;
Ø
Melahirkan pelajar yang lebih berilmu, beriman dan bersatuØ
Memotivasikan pelajar agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaanØ
Meningkatkan tahap keimanan dikalangan pelajarØ
Melahirkan semangat cintakan masjidØ
Merapatkan silaturrahim di antara pelajar-pelajarØ
Memperkenalkan pelajar kepada Ahbaab Ul-Masjid dan misinyaØ
Mengurangkan masalah gejala sosial dikalangan pelajar,Program ini telah disertai beberapa orang pelajar lelaki dan wanita dari Tingkatan 1 hingga 5. Program ini berjalan dengan lancar atas pengawasan beberapa orang Fasilitator. Seramai dua orang penceramah telah dijemput khas bagi menjayakan program ini. Program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 9.30 malam ini telah dipenuhi dengan beberapa aktiviti yang bermanfaat seperti ceramah agama dan motivasi, latihan dalam kumpulan, riadah dan solat hajat. Ibu/bapa pelajar turut serta dalam mendirikan solat hajat yang diadakan selepas solat Maghrib.
Sijil Penyertaan telah diberikan kepada pelajar yang mengambil bahagian dalam program ini. Peserta yang mengambil bahagian dalam program ini telah meluahkan rasa puas hati mereka dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.
Bagi menjayakan program ini, kami telah menerima pelbagai jenis bentuk sumbangan dari masyarakat malabari untuk membantu menampung kos perbelanjaan program ini. Kami dari pihak Ahbaab-Ul-Masjid ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja, penceramah, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang terlibat bagi menjayakan majlis ini dengan lancar.
Pengerusi
Ahbaabul Masjid
Suaruy Malabar Hidayatul Islam