Sambutan Muhyideen Maulud di Surau Malabar

23 Mei 2005 Sambutan Muhyideen Maulud telah di adakan di Surau Malabar pada hari ini.Sambutan ini sememangnya diadakan secara besar-besaran setiap tahun. Selain daripada majlis ini sebuah majlis Mohyideen Ratib juga diadakan akan secara besar-besaran pada 28 Mei 2005

Persiapan awal untuk menyambut majlis ini telah bermula pada hari sebelumnya. Anggota Biro Pemuda serta Biro Wanita telah mengadakan gotong -royong pada hari sebelumnya. Mereka telah membersihkan kawasan dewan terbuka surau serta menukar alas meja makan lama. Ini adalh satu usaha yang membanggakan kerana usul unutk menagdakan gotong-royong ini telah datanag dari para peserta sendiri menujukkan rasa tanggubg jawab yang telah wujud di kalangan masyarakat untuk membangunkan institusi mereka sendiri.

Pada hari majlis, anggota masyarakat telah mula berkumpul bermula dari pukul 7 pagi lagi. Masakan telah dibuat secara gotong-royong. Kebanyakan barangan adalah sumbangan daripada orang-ramai. Beras telah disumbangkan oleh Sdr Aida Ross, gas oleh Sdr Mohamed sementara daging oleh Sdr Shajahan.

Bahagian memasak diketuai oleh Hj Abdullah dibantu oleh Biro Pemuda. Ahbaabul Masjid juga telah mengetuai pembungkusan makanan untuk diedarkan. Biro wanita juga telah membantu dalam penyediaan bahan bahan untuk memasak. Makanan yang disediakan termasuk nasi serta dagung untuk bungkusan. Sayur buah serta minuman juga telah disediakan bersama-sama untuk para hadirin.

Bacaan Mohyideen Maulud telah dimulakan pada pukul 10 pagi. Ini telah diikuti oleh ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Kareem. Semasa bacaan Maulud ini, perakaman bacaan Maulud ini telah dilakukan bertujuan menjadikanya dalam bentuk CD.

Setelah Solat Zohor,para hadirin telah dihidangkan dengan juadah yang dimasak secara gotong -royong tadi.Sebanyak 300 bungkusan nasi telah diedarkan. Majlis telah bersurai pada lebih kurang pukul 2.30 petang.