Majlis Haul Sheikh Muhyidhen Abdul Kadir Jilani k.s.a.

Ahad 7 Mei 2006. Majlis Haul Sheikh Muhyidhen Abdul Kadir Jilani k.s.a. pada kali ini telah diadakan dengan lebih gemilang dari tahun - tahun yang lepas Majlis kali ini telah diserikan oleh tetamu kehormat as Sheikh Afeef Uddin al Geylani al Qaderi cucu keturunan ke 18 Sheikh Muhyiddin sendiri. Selain dari itu majlis ini juga telah memperdengarkan baccan Muyhidheen Maala di dalam bahasa malayalam .Bacaan Muhyidheen Maulud serta pengedaran bungkusan nasi cheerani juga telah diadakan seperti tahun yang lepas. Lebih 200 orang telah menghadiri majlis ini
Majlis Haul Sheikh Muhyidheen Abdul Kadir Jilani k.s.a.merupakan majlis tahunan disurau Malabar di bulan Rabiul Akhir yakni bulan dio mana Sheikh Muhyidheen telah meninggal dunia. Sheikh Muhyidheen yang lahir di Jilan pada tahun 470 Hijrah merupakan seorang ulama serta wali Allah yang agung yang telah mendalami ilmu syari'at, hakikat serta tarikat. Beliau merupakan keturunan rasulullah s.a.w. melalui kedua-dia cucu kesyangan Baginda ( Saidina Hassan r.a. melalui bapanya serat Saiduna Hussain r.a. melalui ibunya. Selain dari mengeluarkan fatwa menurut mazhad Hanbali dan Syafie beliau juga terkenal dengan karamah ynag dikurniakan Allah s.w.t. serta Tariqat Qadiriah ynag mengamalkan zikir menurut ajaran beliau. Walaupun masyarakat Malabari secara umumnys bukan mengikuti tarikat ini Sheikh Muhydheen merupakan seornag wali Allat yang amat dihormati dikalangan mereka. Bacaan Mhyidheen Maulud serta Muhyidheen Maala merupakan amalan unik masyarakat Malabari sehingga sekarang.
Majlis pada hari telah dimulakan pada pukul 5.30 petang. Ketibaan tetamu kehormat Sheikh Afeef Uddin Jilani telah disambut dengan bacaan bayt "Tala'a badru". Sheikh Afeef Uddin al Geylani al Qaderi cucu keturunan ke 18 Sheikh Muhyiddin sendiri. Beliau yanag berasal dari Badhdad telah menetap di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. Ini adalah kali pertama beliau menghadiri majlis di Surau Malabar.
Majlis telah bermula dengan Muhyidheen Maulud telah di baca bersama oleh para hadirin sekelian. Seterusnya bacaan 'Asyrakal badru' bayt di baca sebelum doa oleh Sheikh Afeef Uddin. Seterusnya as-Sheikh telah memberikan ceramah serta wasiat beliau di dalam Bahasa Inggeris sehingga waktu Maghrib.
Solat Maghrib yang di imamkan oleh Sheikh Afeef Uddin sendiri. Setelah beliau
telah dihadiahkan sebuah cenderahati oleh pihak surau sebelum beralih ke dewan
makan untuk makan malam. Setelah makan, beliau telah berangkat pulang. Majlis di
surau telah diteruskan dengan Muhyideen mala. Muhyidheen Maala yang ditulis
lebih 600 tahun dahulu di dalam Bahasa Arabi Malayalam. merupakan cerita sejarah
hidup serta karamah Sheikh muhyidheen yang dibaca secara berlagu di akhiri
dengan sebuah doa. Ini adakah kali pertama Maala ini dibaca di Surau Malabar
sejak dibina semula di tempat sekarang.
Majlis telah berakhir dengan Solat Isyak. Makan malam telah dimakan bersama sebelum para hadirin pulang dengan nasi bungkus cheerani yang disediakan,
Persediaan untuk majlis ini telah dimulakan selepas Zohor di mana makanan telah dimasak secara gotong royongt. Beras telah ditaja oleh Sdr Abdul Rahim dari Ipoh. Sebanyak 400 bungkusan nasi biryani serta daging telah dibuat selain dari masakan untuk nasi, kari daging sayur serta papadam untuk makan malam. kuih untuk minuman petang telah dibawa dan dimasak oleh kaum wanita.
Jawatankuasa Surau