Sambutan Nisfu Syaaban 1425 Hijrah
29 September 2004.Pada hari ini majlis Nisfu Syaaban telah diadakan di Surau Malabar Hidayatul Islam. Sambutan yang amat menggalakkan adalah diluar jangkaan dengan lebih 160 orang menghadiri majlis pada hari bekerja ini.
Majlis Nisfu Syaaban diadakan pada malam 15 Syaaban - Nisfu Syaaban bermaksud ' pertengahan bulan Syaaban' merupakan suatu hari yang mulia di sisi Allah s.w.t. Pada tahun ini ianya jatuh pada hari Rabu 29 September.Sebagaimana lazijnya pada hari bekerja, majlis kali ini bermula selepas Solat Maghrib.
Seperti majlis sebelum ini, risalah ringkas tentang Nisfu Syaaban serta ibadah yang berkaitan telah diedarkan sebelum majlis bermula. Surah YaSiin telah dibaca 3 kali, untuk diperpanjangkan umur , untuk memohon rezeki yang halal dan yang akhirnya memhon supaya hidup dan mati dalam Iman. Seterusnya Surah Ad- Dukhan telah dibaca bersama - sama. Seterusnya sebuah ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Kareem As-Saquafi . Beliau telah menyentuh tentang ibadah-ibadah dan kelebihan bulan Syaban serta malam Nisfu Syaban yang juga disebut sebagai Baraath. Setelah sembahyang Isyak, Majlis telah diteruskan dengan sembahyang jenazah ghaib serta haddad. Majlis seterusnya bersambung dengan makan malam sebelum bersurai.
Majlis ini menyaksikan satu bilangan kehadiran yang amat memberangsangkan. Sebelum ini, tidak lebih dari 100 orang dapat menghadiri majlis yang diadakan pada hari bekerja ini. Lebih 30 orang wanita juga telah hadir untuk majlis kali ini. Kesemuanya ini menunjukkan minat dan semangat keagamaan yang semakin bertambah. Usaha murni pihak surau yang cuba melibatkan kesemua lapisan masyarakat, penyebaran maklumat yang lebih berkesan serta , tumpuan yang diberikan kepada penyampaian ilmu menampakkan hasil.