Sambutan Malam Nisfu Syabaan Surau Malabar 2005

18 Sept 2005. Seperti tahun -tahun sebelumnya Surau Malabar Hiydayatul Islam telah menyambut Malam Nisfu Syaaban pada hari ini. Malam Nisfu Syaaban yang juga lebih dikenali sebagai malam Bara'ath merupakan  hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Lebih kurang 180 orang telah menghadiri majlis ini.

Persediaan bermula dari pukul 2 petang lagi di mana masakan diadakan secara bergotng royong.Nasi Biriyani ayam, daging rendang, dalcha, acar timun disediakan secara beramai-ramai. Srr Aida Ros telah mengetuai bahagian memasak sementara Biro Wanita Surau telah membantu dalam penyediaan bahan-bahan serta masakan.

Majlis ini telah  diserikan oleh Tuan Haji Syed Ali Bafakhy Tangal, seorang Ahlu Bait dan ulama  yang terkenal dari Kerala. Setelah masuk waktui Maghrib, majlis berbuka puasa diadakan kerana ada di kalangan para hadirin yang berpuasa pada hari tersebut. Setelah solat Maghrib, . Ustaz Abdul Kareem telah meneruskan  majlis dengan  menyampaikan ceramah tentang Nisfu Syaaban.Ustaz di dalam syarahannya  telah menyentuh tentang kepentingan Nisfu Syaaban serta  peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Beliau juga telah menerangkan tentang ibadah yang patut dilakukan termasuk bacaan Yaasin, solat sunat serta puasa esok harinya. Seterusnya Surah Yaasin telah dibaca tiga lagi bagi memohon, diperpanjangkan umur, murah rezeki dan Husnul Khatimah. Surah  Dukhan yang menceritakan tentang keistimewaan  malam ini juga telah dibaca. Seterusnya Syed Ali Bafakhy Tangal telah membacakan doa.

Setelah Solat Isyak  dan Haddad para hadirin telah beredar untuk makan malam yang disediakn secara bergotong-royong tadi. Majlsi telah bersurai pada pukul sepuluh malam