Pelancaran Biro Wanita Persatuan Malabari Malaysia.
'Tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia"

5 September 2004-Biro Wanita Persatuan Malabari Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada hari Ahad 5 September 2004. Majlis ini dirasmikan oleh Datin Suhara binti Mohamed .
Majlis ini telah bermula pada pukul 3 petang pada bertempat di Dewan serbaguna Taman Sri Ampang. Majlis ini dihadiri oleh lebih 50 orang wanita terdiri dari pelbagai peringkat umur. Menurut Puan Siti Rahimah ketua biro wanita, terdapat 30 orang ahli wanita baru ynag telah mendaftar pada hari tersebut. Setiap ahli baru telah diberikan 'doorgift' sebagai cendremata. Tetamu jemputan termasuk Tuan Syed Zainal Abidin Bafaky Tangal, Jawatankuasa Surau Malabar Hidayatul Islam serta beberapa orang para Malabari ternama.
Setelah para tetamu mengambil tempat, Pengerusi Majlis Sdr Said Ali telah menjemput Tuan Syed Zainal Abidin Bafaky Tangal untuk membaca doa. Puan Siti Rahimah yang mengetuai Biro wanita seterusnya telah menyampaikan ucapannya yang penuh bersemangat. Di antara lain beliau telah menyentuh tentang perlunya ada biro wanita dan aktiviti yang bakal dijalankan. Seterusnya Pengerusi PMM, Sdr Abdul Kader telah menyampaikan ucapannya menyentuh tentang peranan wanita yang berubah dari dahulu hingga sekarang. Datin Suhara pula berucap menekankan tentang sokongannya terhadap biro ini dan pelunya penekanan diberikan kepada bahasa Malayalam. Seterusnya beliau telah merasmikan Biro Wanita tersebut. Majlis seterusnya telah memberi penghormatan kepada ahli- ahli wanita lama PMM dan menyampaikan cenderamata kepada mereka .
Seterusnya para tetamu kehormat telah bersurai ke luar dewan untuk minuman ringan sementara majlis diteruskan dengan 'tips kesihatan dan kecantikan wanita' oleh Puna Setiawati Matzi pegawai pemasaran dan promosi Mustika Ratu. Pemeriksaan darah dan juga tekanan darah secara percuma yang turut diadakan telah mendapat sambutan hangat dari para hadirin yang lebih 'senior'. Terdapat juga kaunter jualan oleh Syarikat Health Quest memperkenalkan barangan jed dan manik untuk perhiasan.
Setelah tamat demonstrasi ini, tetamu kehormat dijemput kembali ke majlis. Cabutan bertuah telah dimana seramai enam orang para hadirin yang bernasib baik telah menerima hadiah. Seterusnya Presiden PMM telah menyampaikan cek bernilai RM 500 kepada Pengerusi Surau Malabar Hidayatul Islam untuk Majlis Israk Mikraj yang akan diadakan anjurkan oleh surau dengan kerjasama PMM. Pengerusi surau seterusnya mengucapkan terima kasih dan mengulangi tekadnya mengajar malayalam melalui sebuah puisi Malayalam yang bermaksud
"Setiap apa ilmu dicari,
Atau me-mana bahasa dipelajari ,
mahupun rerangkap puisi dihayati
Oleh insan mana sekali ,
kalau hendak kekal di sanubari
hendaklah melalui bahasa sendiri!"
Majlis seterusnya bersurai pada lebih kurang pukul 6 petang.
Kami dapati majlis ini telahdianjurkan dengan baik dan teratur. Kaum wanita Malabari sering tertinggal di dalam aktiviti- aktiviti yang biasa diakankan di kalangan masyarakat Malabari. Biro wanita ini kami jangka akan dapat menjaga kebajikan wanita dan mengadakan aktiviti yang bermanafaat untuk mereka. Sememangnya masyarakat malabari adalah konservatif di dalam banyak perkara tetapi bagi memenuhi kehendak zaman kebajikan wanita harus dijaga supaya mereka berupaya menandingi kaum wanita dari masyarakat wanita lain di dalam semua bidang. Penubuhan biro iini adalah satu langkah yang bijak dan harus dipuji.
Webmaster