Sambutan Maulud Sheikh Ahmad al-Kabeer Ar-Rifa'ie 1426H (2005)

18 Jun 2005. Sambutan Maulud Sheikh Ahmad al kKabeer Ar-Rifa'ie telah diadakan di Surau Malabar pada hari ini. Majlis tahunan ini telah diadakan secara sederhana pada tahun ini. Sambutan ini diadakan pada hari Sabtu bersambung dengan kelas Fardhu Ain yang diadakan selepas Asar.Ini memudahkan orang ramai yang hadir unutk kelas Fardhu Ain dan kelas Malayalam untuk terus menghadiri majlis ini.
Majliis Maulud telah bermula selepas Solat Maghrib. dan dimulakan dengan bacaan Rifa'in Maulud. Sebuah ceramah pendek tentang Sheikh Ahmad Al Kabeer Ar-Rifai'e telah disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar yang menjadi Imam Masjid ketika itu. Sheikh Ar-Rifa'ie adalah salah seorang dari aulia Allah yang agung yang hidup sezaman dengan Sheikh Muhydheen Abdul Kader Jilani. Berbagai karamah telah dikurniakan Allah s.w.t. kepada wali ini telah diceritakan di dalam ceramah ini.Seterusnya majlis di akhiri dengan Solat Isyak dan bacaan Haddad yang lazim diadakan di surau.
majlis