Berita E-Malabari

 Pelancaran  Bulletin Suara Jemaah

 

Majlis pelancaran Majalah Suara Jemaah telah telah diadakan pada 4 Oktober 2003  Majalah ini merupakan Bulletin Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor yang diterbitkan pada julung kalinya. Ianya bertujuan untuk menjadi jambatan pengikat silatur-rahim serta penyebar malkutan dan berita di antara pengurusan JMMNJ dan ahli-ahlinya.

  Majlis ini telah  diadakan di Bangunan Wisma JMMNJ yang di buka pada tahun lalu. Perasmian  majalah tersebut telah dilakukan oleh  Ahli Jemaah Pengampunan Negeri Johor, Yang Berbahagia Tuan Hj Abdul Wahid VS Ghany PI., BSI, AMN. Lebih dari seratus orang telah menghadiri majlis tersebut. Ini termasuklah wakil-wakil persatuan Malabar dari Singapura, presiden-presiden surau -surau dibawah naungan JMMNJ dan mereka yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan majalah ini.

 "Sebanyak 2000 naskah telah diterbitkan dan diedarkan secara percuma kepada ahli-ahli JMMNJ.", menurut Sdr Hussin Ibrahim Timbalan Yang Dipertua JMMNJ. "JMMNJ bercadang untuk menerbitkan Suara Malabar 3 bulan sekali dengan isi kandungan aktiviti-aktiviti dan majlis-majlis yang telah diadakan dan akan diadakan sepanjang bulan dan tahun"

  Kami dapati edisi Suara Jemaah yang pertama inii disusun dengan baik dan berkesan. Ianya terdiri dari 24 muka surat (termasuk muka hadapan) dan dicetak  dengan warna sepenuhnya. Maklumat yang terkandung di dalamnya termasuklah aktiviti-aktiviti serta hal-hal semasa yang meliputi kepentingan dan masalah masyarakat Malabar di Johor. Kami harap kesungguhan yang  ditunjukkan dalam menghasilkan Majalah ini diteruskan kerana kami yakin, pada masa akan datang, majalah seperti inilah yang akan menjadi khazanah membuktikan wujudnya sebuah masyarakat  malabari yang progresif dan bersatu.

e-Malabari Network