Surau terbaik di Wilayah Persekutuan- Surau Malabar Hidayatul Islam

19 Feb 2006 Surau Malabar Hidayatul Islam telah mencipta sejarah sekali lagi dengan menjadi surau terbaik di Wilayah Persekutuan. Anugerah ini telah diberikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sempena sambutan Maal Hijrah 1427.
Majlis
ini telah di adakan di Dewan Mukhtamar , JAWI di Pusat Islam, Kuala Lumpur
pada 19 Februari 2006. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini telah
diserikan oleh Y.B. Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Zulhasnan bin Rafique
serta timbalan beliau. Secara kebetulan majlis ini merupakan majlis rasmi
pertama mereka setelah baru dilantik ke jawatan masing masing dua hari yang lalu
Def - def kehormat telah tiba pada pada pukul 10.00 pagi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian Negaraku serta bacaan ayat ayat suci al -Quran. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Haji Zulkarnain bin Haji Awang telah memberi ucapan mengalu-alukan tetamu kehormat. Ini diikuti oleh ucapan perasmian oleh Y.B. Menteri Wilayah Persekutuan. Artis Erma Fatimah seterusnya telah memimpin sebuah persembahan khas sempena majlis tersebut.

Acara kemuncak majlis merupakan penyampaian anugerah kepada institusi agama serta individu yang terpilih.Terdapat tujuh kategori anugerah telahdisampaikan pada majlis ini. Surau Malabar telah membanggakan kita kerana telah dipilih untuk menerima anugerah "Surau terbaik" di Wilayah Persekutuan. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada pentadbiran, pengurusan kewangan ,aktiviti, kebersihan, kecantikan dan keceriaan surau. Selain dari itu, adanya laman web sendiri, penyediaan takwim tahunan serta buletin telah memberi kelebihan kepada surau kita untuk memenangi kategori ini. Surau Malabar telah memenangi sebuah piala, sijil serta wang sebanyak RM 3000, disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan sendiri. Majlis di akhiri dengan bacaan doa sebelum bersurai unutk makan tengah hari.
Ini merupakan anugerah pertama seumpamanya kepada sebuah surau yang di kendalikan oleh masyarakat Malabari dengan mengatasi lebih 400 buah surau lain. Insya Allah kita akan dapat membawa surau dan masyarakat kita ke satu tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.