e-malabari news

Hari Terbuka Masyarakat  Malabari

4 Disember 2004. Hari Raya disambut sepanjang bulan Syawal di kalangan masyarakat Malaysia. Rumah terbuka merupakan cara meraikan  tetamu dan baisa diadakan di rumah-rumah dan di pejabat  masing-masing. Masyarakat Malabari kali ini telah mengadakan hari terbuka mereka bersama-sama di perkarangan surau Malabar Hidayatul Islam , Selayang.

Majlis sini telah berlangusung dari 3 hingga 6 petang. Walaupun terdapat beberapa perkahwinan lebih 350 orang anggota masyarakat telah datang bersama-sama untuk mengambil bahagian dalam majlis ini. 16 buah keluarga serta persatuan telah menjadi tuan rumah menyediakan juadah dan menjemput tetamu masing masing untuk menjayakan majlis ini.

Majlis ini dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Surau. Persatuan Malabari Malaysia juga telah memainkan peranan aktif dalam menjayakan majlis ini. Persatuan India Musliam Langat juga telah menjadi tuan rumah menyediakan juadah untuk para tetamu. PMM telah menyediakan gerai terbesar iaitu gerai satay. Surau telah menyediakan minuman dengan bantuan Sdr Abbas serta rakan-rakan. Keluarga-keluarga serta kedai- kedai Malabari dari Selayang, Batu Caves, Melawati, Segambut, Genting Highlands, Damansara, Cheras, Kajang, Subang, Shah Alam, Ampang dan sejauh dari  Banting telah datang menyediakan bersama-sama menjadi tuan rumah majlis ini.

Pengubahsuaian yang telah dibuat membolehkan lebih ramai tetamu duduk dengan selesa. Ruangan tambahan yang menjangkaui 20 kaki lebar di sepanjang bahagian hadapan surau lama telah diberikan nama  Dewan Terbuka Surau Malabar. Ruangan ini dijadikan tempat duduk bagi tetamu lelaki dan juga tetamu undangan khas. Khemah khemah tambahan kecil telah didirikan di sekitar surau lama dengan 2 hingga 3 keluarga menghidangkan makanan mereka di setiap khemah.

Tetamu kehormat pada hari tersebut adalah Datuk Ng Lip Yeong, Ahli Parlimen Kawasan Batu. Turut menyerikan majlis adalah Sdr Hishamuddin Tan Sri Ubaidullah kehormat dijamu dengan makanan berhidang. Majlis rasmi bermula selepas sembahyang Asar. Setelah tetamu yang hadir telah  mengambil tempat, Pengerusi majlis Hj Omar Avunni telah memulakan majlis telah bacaan doa oleh Tuan Haji Syed Zainal Abidin Bafakhy Tangal. Seterusnya Pengerusi Surau Malabar Tuan Haji Kunhimon telah menyampaikan ucapannya. Beliau menerangkan konsep majlis rumah terbuka bersama ini dan telah menerangkan tentang aktiviti terkini surau dan rancangan akan datang. Seterusnya Presiden PMM Sdr Abdul Kader telah memberikan ucapanya didalam Malayalam dan seterusnya Bahasa melayu. Beliaui melahirkan rasa bangganya dengan majlis ini dan juga komitmen kerjasama PMM dengan Surau Malabar. Setelah makan, tetamu kehormat telah diberikan cendrahati yang berupa kalendar tahunan 2005 Suaru Malabar. Datuk Ng Lip Yeong hadir lewat sedikit pada hari tersebut telah melawat kawasan persekitaran surau dan berjanji membantu membuat beberapa perubahan untuk surau. Majlis bersurai pada lebih kurang pukul 6 petang.

Majlis hari ini merupakan satu kejayaan dalam memupuk kerjasama erat di antara masyarakat Malabari, umat Islam masyarakat Malayalee lain dan warga Malaysia secara umum. Kami yakin dengan adanya lebih banyak majlis seperti ini masyarakat Malabari akan lebih dikenali di mata masyarakat Malaysia.

Webmaster