Hari Terbuka Surau Malabar 2005

25 Disember 2005. Ini adalah kali kedua Surau Malabar menganjurkan majlis hari terbuka. Majlis yang diadakan pada 25 Disember 2005 ini bertujuan merapatkan silatur-rahim dikalangan masyarakat disamping menambahkan dana surau. Lebih dari 400 anggota masyarakat telah mengunjungi majlis ini. Majlis yang sepatutnya diadakan semasa bulan Syawal ini terpaksa ditunda beberapa kali disebabkan oleh beberapa majlis perkahwinan dimusim cuti sekolah.

Konsep hari terbuka, yang dimulakan tahun lepas membawa keluarga malabari bersama menganjurkan hari terbuka mereka di satu tempat sambil menjemput kawan-kawan serta sanak saudara. Keluarga -keluarga sejauh dari Banting dan Kerling telah mengambil bahagian aktif di dalam majlis ini. Jawatankuasa surau sekadar mengkoordinasikan majlis ini supaya berjalan dengan lancar

Sempena majlis ini, kalendar 2006 Surau Malabar telah dikeluarkan. Selain dari itu sebuah buku puisi tentang sejarah Surau Malabar yang dikarang oleh pengerusi surau Tn Haji Kunhimonbin A.P. Hydross juga telah dilancarkan.

Dato Noh Omar Timbalan Menteri Keselamatan di dalam negeri yang sepatutnya menghadiri majlis ini terpaksa membatalkan kedatangannya diatas sebab yang tidak dapat dielakkan. Majlis walaubagaimanapun telah berjalan dengan lancar dengan anggota masyarakat mengambil bahagian aktif dalam menjayakannya. Majlis telah berlangsung dari 3 petang hingga 6 petang. Hujan yang turun di permulaan majlis tidak menjejaskan perjalanan majlis. Warung yang paling sibuk merupakan yang ditaja oleh Ahbaabul Masjid dan Persatuan Malabari Malaysia. Kanak-kanak juga berkerumun di warung ais krim serta tapak yang disewa untuk penjualan sand art.

Dengan adanya majlis seperti ini, anggota masyarakat dari segenap lapisan dan serata tempat dapat bertemu sua dan bersatu unruk keteguhan masyarakat di masa hadapan. Insya Allah.

Buletin Surau Malabar edisi 5