Surau Malabar Perkukuh Silatur-Rahim dengan Majlis Hari Terbuka

25 Nov 2006. Surau Malabar Hidayatul Islam di Selayang telah menganjurkan hari terbuka bersama Masyarakat Malabari pada hari Sabtu 25 November 2006 . Majlis yang dihadiri oleh lebih dari tiga ratus orang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Kawasan Batu En Ng Lip Yong dan ditutup pula oleh Ustaz Zakaria Mat Isa Ketua Bahagian Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

”Konsep hari terbuka yang dijalankan dengan jayanya selama 3 tahun yang lepas ini adalah untuk mengadakan hari terbuka Hari Raya, bersama-sama di satu tempat pada masa yang sama.” menurut pengerusi Surau, Tuan Haji Kunhimon bin Hydross. ” Setiap keluarga dari kebanyakan tempat di Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menjadi tuan rumah dengan menjemput tetamu-tetamu mereka sambil menyediakan juadah untuk dinikmati bersama. Surau Malabar sekadar menyediakan tempat serta suasana untuk majlis ini.” ujarnya lagi. Hampir kesemua juadah, khemah , hadiah serta tenaga kerja adalah hasil dari sumbangan anggota masyarakat. Surau Malabar telah menyadiakan air minuman pada hari tersebut.

 

Majlis ini telah bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Timbalan Menteri Perdagangan Anatarbangsa dan Industri En. Ng Lip Yong yang tiba pada pukul 3.3.0 petang menyatakan rasa bangganya surau malabar menjalankan aktiviti sosial sebegini.

Majlis telah diteruskan dengan pelbagai aktiviti untuk para tetamu termasuklah pertandingan Tarik King 2006( teh tarik ) dan Raja Tebar 2006 ( roti canai) . Biro wanita surau pula telah menganjurkan pertandingan menghias kek dan membuat hantaran dengan kain pelikat . Biro pemuda pula telah menjalankan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Tetamu –tetamu yang hadir selain dari anggota masyarakat setempat termasuklah, jawatankuasa serta kariah daai masjid yang berhampiran dan wakill dari hampir kesemua persatun Malabari di Malaysia. Dato Mustafa Hj Abdul Rahman, Datin Habsah serta Datin Zuhara merupakan tetanmu kehormat yang telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Zakaria Mat Isa Ketua Bahagian Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Didalam ucapannya beliau telah menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh surau malabar didalam mengekalkan silaturrahim. Doa penutuptelah dibacakan oleh Ustaz Osman dari Masjid Al-Zakirin.

Di dalam majlis ini juga kumpulan nasyid surau malabar telah dilancarkan. Kumpulan nasyid ini yang terdiri dari kanak –kanak perempuan dibawah 12 tahun. Mereka telah dilatih oleh sularelawan dari permulaan cuti sekolah dan merupakan satu lagi kejayaan Surau Malabar. Kalendar tahun 2007 juga telah dilancarkan didalam majlis tersebut.

Adalah diharap bahawa majlis seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang untuk merapatkan lagi silatur rahim sesama umat Islam dan mengimarahkan lagi surau kita.

 

Jawatankuasa Surau Malabar