Majlis Tilawah al-Quran Surau Malabar

16 September 2006.Majlis Tilawah al-Quran Surau Malabar telah diadakan di Selayang pada hari ini. Pada kali ini majlis tilawah telah diadakan secara lebih besar-besaran dari tahun sudah. Para peserta bukan sahaja dari kawasan surau tetapi telah dijemput dari negeri-negeri lain. Tiga piala pusingan juga telah disediakan untuk para pemenang. Majlis tilawah ini juga telah diadakan pada bulan Syaaban dan bukan bulan Ramadhan seperti tahun sebelumnya untuk memudahkan qari- dan qariah dari luar mengambil bahagian.
Majlis tilawah ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu lelaki di atas 15 tahun, lelaki di bawah 15 tahun serta perempuan di bawah 15 tahun. Semua peserta di bawah 15 tahun dikehendaki membaca Surah al-Fatihah secara hafazan serta sebahagian dari surah pendek yang diundi. Sementara itu peserta di atas umur 15 tahun dikehendaki membaca Surah Yaasin secara hafazan dan sebahagian dari surah lazim secara tilawah.Seramai 14 orang peserta telah mngambil bahagian.
Majlis telah bermula pada lebih kurang pukul 3.00 petang dengan doa oleh Ustaz Karim . Dua orang hakim telah dijemput khas dari Masjid Negara untuk mengadili tilawah ini. Majlis telah bersambung semula selepas solat Asar. Kesemua qari dan qariah telah membaca dengan baik. Setelah selesai mengaji para para hakim telah memberikan pendapat tentang mutu bacaan. Pengerusi surau seterusnya telah berucap sebelum penyampaian hadiah yang telah bermula pada pukul 6.00 petang. Ah baabul Masjid telah menyediakan komputer, skin serta projektor untuk memancarkan secara 'live' ayat - ayat yang telah dibaca.
Setiap peserta yang mengambil bahagian telah menerima sijil, buku, kaset serta CD cenderamata surau . Johan dan naib johan serta pemenang tempat ketiga telah menerima piala dan wang tunai. Piala pusingan unutk johan setiap kategori , disediakan pada tahun ini telah ditaja oleh individu. Piala Dato Kunhi Mohamed untuk dari di atas umur 15 tahun telah dimenangi oleh peserta mewakili Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor ( JMMNJ). Tempat kedua dan ketiga kategori ini telah dimenangi oleh peserta Surau Malabar sendiri. Piala Pusingan Ahmad Hassan untuk peringkat bawah 15 tahun telah dimenangi oleh peserta dari JMMNJ juga dengan tempat ke-dua dan ke-tiga dimenangi oleh peserta surau. Piala Pusingan Allahyarhamah Hajjah Fatimah telah dimenangi oleh peserta surau Malabar, tempat kedua ole JMMNJ sementara tempat ke tiga oleh peserta surau sendiri.
Seterusnya majlis telah bersurai ke tempat makan untuk minum petang.Minuman petang adalah di taja oleh Tuan Haji Abdullah Ahmad Kutty. Antara komen umum yang boleh diperbaiki termasuk menambah bilangan peserta. Penekanan tambahan juga patut diberikan untuk ilmu Taranum yang secara umumnya masih belum meluas di kalangan masyarakat kita bagi membolehkan kita bertanding diperingkat yang lebih tinggi.
Jawatan kuasa Surau