Tilawah al-Quran Salak Tinggi
Malabari rangkul hampir semua pingat

17 September 2006- para peserta Malabari telah merangkul hampir kesemua
pingat di dalam sebuah Majlis Tilawah al-Quran diadakan di Salak Tinggi hari ini
Majlis tilawah pada hari tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Kemajuan India
Muslim Malaysia yang beribu pejabat di Salak Tinggi sendiri . Hampir 10 buah
madrasah, surau dan persatuan telah mengambil bahagian di dalam majlis ini.
Masyarakat Malabari diwakili oleh dua pasukan iaitu dari Jemaah Malabar Muslim
Negeri Johor (JMMNJ) dan Surau Malabar Hidayatul Islam Selayang (SMHI) dari
Kuala Lumpur
Pertandingan dibahagikan kepada 3 bahagian. Ujian tilawah 17 tahun ke atas dan
16 tahun kebawah melibatkan qiraah satu 'ain' pilihan qari dengan tidak melebihi
10 minit. Majlis telah bermula pukul 9.30 pagi dengan hampir 40 orang mengambil
bahagian. JMMNJ telah menghantar seramai 4 orang sementara SMHI menghantar 3
orang didalam pertandingan tilawah
Kuiz pula melibatkan peserta diantara 8 hingga 16 tahun merangkumi soalan tauhid,
fekah dan akhlaq. Ianya bermula pada pukul 10.30 pagi. Lima pasukan dengan 3
orang sepasukan telah beradu minda di dalam kuiz ini. SMHI telah menghantar satu
pasukan ke majlis ini
Semua pertandingan berjalan dengan dengan lancar majlis diteruskan sehingga
waktu Asar . Tetamu Kehormat Tuan Haji Tasleem turut serta menyerikan majlis
penyampaian hadiah.
JMMNJ dan SMHI telah merangkul kesemua hadiah didalam kategori tilawah. Didalam
kategori 16 tahun keatas, johan dan tempat ketiga telah disandang oleh JMMNJ
sementara tempat naib johan dirangkul oleh SMHI. Didalam kategori bawah 16
tahun. Johan dan Naib johan telah di sandang oleh SMHI sementara JMMNJ pula
berjaya mendapat tempat ke tiga.
Di dalam kuiz pula Madrasah Darul Ulum telah menduduki tempat pertama apabila
dalam mendahului
SMHI yang mendapat tempat kedua . Keputusan ini terpaksa ditentukan secara kalah
mati kerana kedua-dua pasukan telah seri semasa kuiz tamat
Secara keseluruhannya SMHI dan JMMNJ telah merangkul 7 dari 9 pingat yang
disediakan penganjur. SMHI telah merangkul 1 emas dan 3 perak sementara JMMNJ
pula membawa pulang 1 emas dan 2 gangsa.Majlis telah bersurai pada pukul 5.00
petang
Walaupun masyarakat kita fasih dan membaca al quran dengan betul tajwid dan
makhrajnya, kebanyakan dari mereka kehilangan markah dibahagian lagu. Oleh itu
kami menyarankan pihak yang berkenaan untuk menyediakan kemudahan menuntut ilmu
taranum supaya kita dapat bertanding diperingkat yang lebih tinggi.
Webmaster