Yaumul Waalidain

25 Julai 2006, Kerala Muslim Jamaat telah buat pertama kailnya
menganjurkan majlis 'yaumul waalidain' di Surau Malabar Hidayatul Islam
pada hari ini. Ini adalah kali pertama majlis seumpama ini dianjurkan. Yaumul
waalidain bermaksud hari ibu bapa. Bermula tahun ini, tarikh 1 hb Rejab setiap
tahun telah dipilih oleh Jamaat untuk menjadi hari memperingati ibubapa dan
saudara mara lain yang telah meninggal dunia.. Walaupun majlis ini telah
diadakan pada hari bekerja sambutan adalah memuaskan dengan lebih 180 orang
menghadirinya
Memasak telah dijalankan secara bergotong-royong bermula dari pagi lagi. Majlis telah bermula selepas Maghrib dengan ucapan dari Pengerusi majlis Sdr Musa dan juga Sdr Hassan Maimunni, presiden Jamaat., menceritakan tentang kepentingan mengadakan majlis seperti ini.
Ustaz Kunhimohd Musliar seterusnya telah memulakan sebuah ceramah yang menarik tentang perlunya menghormati ibubapa di masa hidup dan mendoakan mereka selepas kematian mereka. Seterusnys doa telah telah dibaca oleh Ustaz Abdul Kareem sebelum Solat Isyak dan Haddad Ratib.
Seterusnya para hadirin telh dihidangkan dengan makanan ynag dimasak secara gotong royong tadi. Manisan payasam juga tekah disediakan. Masjis telah bersurai pada pukul 10.30 malam.
Webmaster