Demostrasi memasak serta ceramah agama anjuran Biro Wanita Persatuan Malabari Malaysia di Surau Malabar

12 Mei 2006 Biro Wanita Persatuan Malabari Malaysia telah mengadakan sebuah demonstrasi memasak serta ceramah agama pada hari ini. Lebih 30 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam kedua-dua majlis ini.
Buat pertama kalinya biro wanita PMM telah mengadakan aktivitinya di Surau Malabar. Ini telah secara langsung berjaya menarik pengelibatan anggota masyarakat wanita setempat. Hari ini juga merupakan hari cuti umum membolehkan aktiviti dijalankan sepanjang hari dengan pengelibatan masyarakat. Oleh kerana belum ada Sembahyang Jumaat di Surau Malabar kawasan tersebut boleh digunakan oleh kaum wanita sehingga waktu Solat Asar.
Demonstrasi memasak dimulakan pada pukul 11.00 pagi dengan ucapan Presiden PMM Sdr Abdul Kader Moidutty. Seterusnya Chef jemputan Sdr Musa bin Mohamad telah menunjukkan cara-cara memasak Biryani Gam serta bubur suji.
Demonstrasi tamat sebelum waktu sembahyang Jumaat. Sebagai menghormati waktu Jumaat majlis telah berhenti rehat di mana para hadirin telah menikmati masakan biryani yang telah dimasak sebelumnya.
Majlis telah disambung di sebelah petang dengan ceramah oleh Ustazah Norbaiyah . Ceramah ini telah diadakan di ruangan wanita di dalam Surau Malabar.