Mesyuarat Agung Persatuan Malabari Malaysia 2006

Ahad 30 April 2006. Persatuan Malabari Malaysia (PMM) telah melangsungkan mesyuarat agungnya pada hari ini . Mesyuarat dwi tahunan ini telah dihadiri oleh lebih 70 orang ahli persatuan. Diantara persetujuan yang paling penting sekali di dalam mesyuarat ini adalah penubuhan Koperasi Malabari Malaysia. Ini adalah tahun ke enam PMM di tubuhkan. Sejak dari itu keahlian persatuan ini telah meningkat kepada lebih 200 orang
Mesyuarat telah bermula pada pukul 4.30 petang di Dewan Sri Ampang yang terletak berhampiran dengan pejabat PMM. Pengerusi Majlis Sdr Syed Ali telah mengalu-alukan kedatangan pada hadirin sekalian. Minit mesyuarat agung terdahulu serta akaun dua tahun terdahulu telah dibaca dan diluluskan. Majlis telah diteruskan dengan penyampaian sijil kepada ahli seumur hidup. Majlis juga telah diselangi dengan cabutan bertuah kepada ahli-ahli. Ucapan juga telah disampaikan oleh Presiden Sdr Abdul Kader serta Ketua Biro wanita yang ditubuhkan 2 tahun yang lalu, Pn Rahimah Abdul Kadir tentang pencapaian serta masa hadapan PMM
Seterusnya jawatankuasa 2004-2006 telah meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepda pemilihan AJK baru. Presiden, Sdr Abdul Kader Moidutty serta Naib Presiden Sdr Basheer Zainuddin telah dipilih semula ke jawatan masing masing. AJK lain juga telah dipilih sebulat suara. Seterusnya jawatankuasa baru telah juga diberi mandat untuk melaksanakan projek terbaru PMM iaitu penubuhan Koperasi Malabari Malaysia. Majsia telah bersurai pada pukul 6.00 petang.