Bengkel Motivasi Surau Malabar 2006

3/9/2006 - Seperti tahun-tahun yang sudah Surau Malabar telah menganjurkan sebuah bengkel motivasi untuk pelajar dan belia. Majlis kali ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Ahbaabul Masjid,  Biro Pemuda Surau Malabar Hidayatul Islam. Lebih kurang 30 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam majlis ini.

Bengkel ini telah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Penganjur telah menjemput Encik Abu Hasan al-Ash'ari seorang pakar motivasi untuk menjalankan benkglel ini. Bengkel telah berjalan dengan lancar dan telh berjaya memberikan para peserta kesedaraan tentang tanggung jawab mereka kepada diri, ibu bapa serta masyarakat.

Syabas kepada Biro pemuda surau Malabar yang telah mengambl initiatif unutk membangunkan golongan belia masyarakat. Insya Allah aktiviti seperti ini akan memberikan satu kesan positif  di dalam diri mereka dan seterusnya menghasilkan perubahan paradigma di dalam  sosio -ekonomi masyakarat kita.