Berita E-malabari

 

Permainan Futsal

 

 

Disediakan Oleh Sdr Majid bin Abu Bakar.

 13/6/2003- Futsal adalah sejenis permainan bolasepak (indoor football) yang makin digemari dan popular pada masa ini. Perkataan ‘Futsal’ berasal dari “Fut” - perkataan Sepanyol atau Perancis - Futbol atau Futebol bermaksud bolasepak manakala “sal” bermaksud tertutup.

Permainan ini berasal dari Negara Uruguay pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani menganjurkan perlawanan 5 sebelah remaja diatas gelanggang bola keranjang tertutup. Ianya akhirnya menjadi sangat popular di Amerika Selatan terutamanya di Brazil. Pemain-pemain seperti Pele, Zico, Socrates, Bebeto telah mengukir skill dengan permainan ini sebelum bermain diperingkat antarabangsa.

Permainan ini berbeza dengan permainan bolasepak biasa. Satu pasukan hanya mempunyai 5 orang pemain dan saiz gelanggangnya hanya besar sedikit dari gelangggang bola keranjang. Oleh kerana bolanya adalah jenis berpantulan rendah, cekapan pemain mengawal bola amatlah penting

Pada tahun ini Kejuaraan Futsal antarabangsa KL World 5s (Tiger 5 Cup) telah dilangsungkan di Bukit Jalil di antara 3 hingga 8 Jun. Maka tidak hairanlah terdapat banyak gelanggang Futsal di sekitar Kuala Lumpur. Di antaranya termasuk Sport Unlimited di Seksyen 13 Petaling Jaya, di Jalan Kuching, Subang (dekat Summit USJ) , Shah Alam Section 16/5 dan Section 19 Petaling Jaya.

Pengarang bekerja dengan Syarikat Sport Unlimited yang juga menyediakan gelanggang permainan Futsal .Sila hubungi beliau 01220767851 atau 03-79540897 untuk keterangan lanjut