Berita e-malabari
Pertandingan Futsal PMM 2003



Sebuah pertandingan Futsal telah diadakan di ISS soccer stadium di Jalan Kuching. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Malabari Malaysia di bawah naungan Dato' Kunhi Mohammed.
Acara bermula dengan ketibaan tetamu kehormat Datuk Ong Tee Keat Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Zainal Abidin Bafakhy Tangal, Dato Kunhimohamed dan juga President Kerala Muslim Jamaat Sdr Osman bin Mohamed
Majlis bermula dengan bacaan doa dan ucapan oleh president PMM Sdr Abdul Kader dan juga Dato' Kunhimohamed penaung PMM. Ini diikuti oleh ucapan oleh Datuk Ong Tee Keat.
Seterusnya Dato Ong telah melancarkan website 'e-malabari network'. Seterusnya beliau telah melancarkan pertandingan Futsal Piala Dato' Kunhimohamed dengan menendang bola memasuki gol. Para hadirin telah dijemput untuk menikmati hidangan ringan sebelum tetamu kehormat berangkat pulang
Terdapat 21 pasukan mengambil bahagian. Ianya terdiri dari pasukan Malabari dan juga India Muslim. Terdapat juga pasukan dari negeri lain seperti Pahang telah mengambil bahagian Peringkat awal pertandingan diadakan secara liga diikuti disebelah petang oleh pertandingan suku-akhir separuh-akhir yang diadakan secara kalah mati.Semangat yang memuncak di peringkat ini menyaksikan beberapa insiden pertelingkahan di antara pasukan yang dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Oleh kerana permainan ini cepat dan memerlukan tahap kecergasann yang tinggi, terdapat juga beberapa kecederaan yang memerlukan rawatan di hospital.
Perlawanan akhir diantara pasukan ALID FC dan Malbar FC dari Kuantan merupakan sebuah permainan yang menarik. Ianya berakhir dengan pasukan ALID FC menundukkan pasukan Malbar FC dan telah meraut Piala pusingan sera wang tunai RM 1200. Pasukan KMJ Kepong telah menyandang tempat ketiga.
Pertandingan seperti ini memberi peluang kepada golongan muda Malabari berkenalan antara satu sama lain terutamanya mereka dari luar negeri. Adalah diharap lebih banyak pertandingan seperti ini dapat diadakan untuk merapatkan silatulrrahiim di dalam masyarakat malabari Malaysia