EKSPIDISI MENDAKI GUNUNG LEDANG

26 DISEMBER 2003

   Pada 26 Disember 2003, kumpulan pemuda dan pemudi Malabari seramai 30 orang telah meyertai satu ekspidisi mendaki Gunung Ledang, Johor. Perjalanan seramai 18 orang pemuda and 12 orang pemudi ini berjalan selama 3 hari, 2 malam. Kerala Muslim Jemaah (KMJ) telah memberi sumbangan berupa wang bagi mengurangkan kos perbelanjaan ekspidisi ini.

Ekspidisi ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Surau Hidayatul Islam, Ustaz Abdul Kareem bin Hj. Muhydeen. Perjalanan ekspidisi ini bermula pada pukul 10.30 pagi dari kediaman En. Hj.Abdullah bin Ahmad Kutty, dengan menaiki bas.

Pendakian dimulakan selepas solat Jumaat dan makan tengah hari. Tepat jam 6.30 petang, kami sampai di tapak perkhemahan Kolam Gajah yang mengambil masa kira-kira 2 jam. Pada keesokan harinya, seramai 20 orang peserta telah meneruskan pendakian ke puncak Gunung Ledang. Selepas 4 jam mendaki, kami berjaya sampai ke puncak. Kami menghadapi pelbagai rintangan dan halangan semasa mendaki seperti merentasi gua, memanjat menggunakan tali dan sebagainya. Selepas sejam berada di puncak kami turun ke tapak perkhemahan.

Sesudah menunaikan solat dan makan malam, kami berkumpul untuk memulakan pelbagai aktiviti riadah. Esoknya, hari terakhir, kami bersiap sedia untuk turun ke bawah dan merehatkan diri dengan mandi air terjun. Lebih kurang pada pukul 3 petang, kami mulakan perjalanan pulang dan sampai di Kuala Lumpur lebih kurang pada pukul 5.30 petang.

Alhamdullillah perjalanan kami kami selamat dan berjalan lancar. Kami di sini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada KMJ di atas sumbangan mereka. Dengan adanya aktiviti sihat seperti ini, diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara Malabari, mendidik kami untuk berdikari dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. Juga diharap pada masa-masa akan datang, aktiviti seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih baik di kalangan Malabari.

Disediakan oleh
Mohd Ikbal Mohd
Abdul Jafar Sulaiman