Tokoh Maal Hijrah surau Malabar Hidayatul Islam, Selayang Tahun 1428 Hijrah

MAJOR(B) HJ ABU BAKAR BIN KUTTY ARMU



Pendahuluan

Ini adalah tahun ke 3 di mana anugerah ini di sampaikan oleh surau Malabar kepada mereka yang telah bejasa kepada surau dan masyarakat. Sebelum ini beberapa orang tokoh telah di anugerahkan surau ini secara ”post humous” ( yakni setelah mengiggal dunia. Ini dalah kali pertama anugerah ini disampaikan kepada seoarng ynag masih hidup.


Pemilihan tokoh untuk anugerah ini ddalah berdasarkan kepada kriteria berikut mengikut kepentingannya:
1) Jasa – jasa seseorang kepada surau ini dan juga masjid lama di Segambut.
2) Jasa –jasa kepada pembangunan agama di kalanngan anggota masyarakat
3) Jasa – jasa kepada pembangunan sosial dan kemasyarakatan

Anugerah tahun ini akan disampaikan kepada MAJOR(B) HJ ABU BAKAR BIN KUTTY ARMU

Major(B) Hj. Abu Bakar Bin Kutty Armu adalah anak kepada Hj Kutty Armu Bin Uniammo dan Hajah Kathijah Binti Marekar, berasal dari Kampung Selayang Lama, Kuala Lumpur. Dilahirkan pada bulan Mac 1950, beliau merupakan anak keempat daripada lapan adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Khadijah Bibi, beliau dikurniakan enam orang cahaya mata.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Selayang Lama dan setelah menamatkan zaman persekolahannya beliau telah memasuki Maktab Tentera Diraja (RMC). Pada tahun 1973 beliau telah ditauliahkan sebagai pegawai di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Leftenan Muda. Semasa perkhidmatannya di dalam ATM beliau telah menghadiri pelbagai kursus dan latihan di dalam dan di luar negara dalam bidang ketenteraan dan awam. Beliau juga adalah seorang graduan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam bidang System Analyst. Beliau bersara dari ATM pada tahun 1991 semasa berpangkat Major. Setelah bersara beliau bekerja di syarikat swasta dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Penglibatan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan telah bermula sejak tahun 1974 sebagai ahli Ahli jawatankuasa Persatuan Kerala Muslim Jamaat Selangor dan Wilayah Persekutuan (KMJ). Beliau telah memegang jawatan Timbalan Presiden pada tahun 1989 dan kemudiannya dipilih sebagai Presiden pada tahun 1990. Beliau adalah anak kelahiran Malaysia yang pertama memegang jawatan Presiden KMJ. Banyak perubahan telah dilaksanakan dalam KMJ. Keahlian KMJ telah ditingkatkan dan kedudukan kewangan KMJ juga telah diperkukuhkan.

Bermula tahun 1987 beliau juga telah aktif memberi khidmat dalam Jawatankuasa Masjid Malabar Hidayatul Islam di Segambut, Kuala Lumpur. Sebagai Setiausaha Masjid, beliau telah berkhidmat dibawah dua orang tokoh masyarakat Malabari iaitu Allahyarham Ahmad Kutty dan Allahyarham P.A.Mohamad. Seterusnya pada tahun 1992 beliau telah dilantik memegang jawatan Pengerusi Masjid.

Beliau telah memainkan peranan utama dalam mendapatkan sebidang tanah dari kerajaan sebagai tapak gantian untuk membina masjid ini di Selayang apabila tapak tanah masjid yang runtuh di Segambut diambil untuk projek pembangunan.

Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran dan halangan semasa pembinaan masjid ini. Dengan berkat kegigihan, kesabaran, keikhlasan dan keberanian, beliau bersama AJK berjaya menyiapkan Surau Malabar Hidayatul Islam pada tahun 2001. Perasmian surau ini juga telah diadakan secara besar-besaran pada 11 Dis 2003.

Surau ini adalah satu kejayaan dan menjadi mercu tanda dan kebanggaan seluruh kaum Malabari. Alhamdulillah dengan adanya surau ini ianya telah dapat digunakan sebagai tempat perhimpunan kaum malabari untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, agama dan sosial.

Beliau kini sedang menumpukan perhatian di dalam bidang perniagaan. Semoga Allah swt memberkati segala usahanya kerana jasa-jasanya kepada epmbanguan agama surau dan masyakarat.
 

Jawatankuasa surau