Dato’ Mustaffa Bin Hj. Abd Rahman DIMP, PJK

Dato’ Mustaffa adalah seorang ahli korporat yang berjaya di kalangan masyarakat kita. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd. Selain dari itu beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif tujuh buah syarikat yang lain. Beliau juga merupa penasihat kepada beberapa buah syarikat. Baru baru ini beliau telah dikurniakan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang . Anugerah ni membawa gelaran Dato. ’Sebelum ini Dato Mustaffa pernah di anugerahkan Pingat Jasa Kebaktian dari Sultan Terengganu pada tahun 1990.
Sejarah hidup.
Dato’ Mustaffa Bin Hj. Abd Rahman di lahirkan pada 22hb September 1960 Mentakab , Pahang. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah di Mentakab dan Temerloh sebelum melanjutkan pelajaran di Institute Teknologi Federal untuk mendapat diploma Kejuruteraan Elektrik/ Elektronik. Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Bachelor of Business Administration dari Pacific States University, USA.
Aktiviti Sosial
Dato’ Mustaffa sememanglah aktif di dalam kegiatan ko kurikuum dam sosial dari bangku sekolah lagi. Di kolej , beliau aktif di dalam Persatuan Islam , Persatuan Kejuruteraan dan juga merupakan subeditor majalah kolejnya. Sifat ini telah beliau kekalkan walaupun telah menamatkan pengajian.
Beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO Cawangan Tun Perak, Bahagian Bukit Bintang dan juga Ahli Jawatankuasa Surau Malabar. Beliau juga seorang yang pakar di dalam seni mempertahankan diri dan telah mendapat ’black belt ’ di dalam seni mempertahankan diri Tae Kwon-Do. Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Tae Kwon-Do Negeri Trengganu pada tahun 1980 an.
Dato’ Mustaffa juga merupakan seorang dermawan yang banyak membantu institusi keagamaan , sosial serta perseorangan yang memerlukan bantuan dari dahulu lagi. Salah satu institusi yang banyak menerima bantuan dari segi tenaga, idea serta kewangan dari dato’ Mustaffa ialah Surau Malabar
Surau Malabar
Pada masa kini beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa yang aktif dan mengetuai Biro Penyelenggaraan di Surau Malabar. Beliau banyak membantu surau dari segi kewangan dan juga pembaharuan, Selain dari sumbangan bulanan tetap kepada surau ini beliau telah menaja kerja kerja penyelenggaraan di surau yang menelan perbelanjaan yang besar.
Beliau juga banyak membantu aktiviti kemasyarakatan. Baru – baru ini beliau telah menaja 16 orang anggota masyarakat malabari untuk mengerjakan umrah. Beliau juga telah menerajui pelbagai usaha untuk menambah dana dan mengharumkan nama surau malabar seperti pengeluaran CD Maulud serta menaja majlis Tilawah al-Quran di Surau Malabar
Buku Majlis Surau Malabar