Click to go to the Main Page

Keputusan fatwa Negeri Johor Darul Takzim

Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud
بسم الله الرحمن الرحيم

Kategori : Akidah  
Tajuk :
Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Isu :
Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud
بسم الله الرحمن الرحيم
Keputusan :

 

 
Alhamdulillah Fatwanya,

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.

Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.

Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
 
 
 
 

 

 

Oleh :  Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor

 

 

Other related News

Links- based on relevence