
Oleh: Ye Olde Valour
Tukang
sembelih selalunya, apabila melakukan sembelih dimestikan membaca
“Bismillahi Allahu Akbar” dengan niat yang betul di dalam hatinya serta mindanya
dengan tepat. Bacaan ini juga perlu dibaca seiring dengan aksi penyembelihannya
sekali. Cara sembelihannya adalah dengan tiga kali aksi potong yang seiring
dengan bacaan sehingga urat di leher haiwan itu putus sama sekali. Adakalanya (darurat),
diharuskan lebih dari tiga potongan supaya urat yang dihendaki di potong
sehingga putus itu dapat dipastikan. Mazhab Hanafi selalunya membenarkan lebih
dari tiga potongan dengan cara yang sama.
Walau apa pun, alat yang di gunakan untuk sembelih ini tidak boleh sama sekali diambil keatas (dilepaskan) dari pada leher haiwan tersebut sehingga urat yang putus itu dapat dipastikan. Jika ini berlaku maka Haram daging tersebut dari dimakan oleh orang Islam. Alat (perkakas) yang digunakan untuk sembelih ini adalah dimestikan tajam sebaik mungkin. Ianya adalah dimestikan supaya pisau atau parang yang digunakan diasah setiap kali menyembelih untuk memastikan penyembelihan korban yang betul.
Selain daripada sembelih pada waktu Hari Raya Haji, katakan jika seseorang itu memburu, orang yang menembak atau melontor lembing kearah haiwan buruan (kijang / rusa) itu perlu membaca “Bismillahi Allahu Akbar” seiring dengan tembakan (senapang / pistol) ataupun apabila tangan melontar lembing tersebut. Apabila haiwan tersebut jatuh ke tanah atau pun berhenti dari bergerak maka diwajibkan pemburu itu terus ke arah haiwan itu dan sembelih lehernya untuk memastikan urat pada lehernya itu diputuskan sama sekali.
Urat dipastikan terputus adalah bukan untuk menyeksa haiwan tersebut, tetapi untuk memastikan haiwan tersebut mati dengan cara yang sempurna dimana segala darah didalam badan tersebut dikeluarkan. Cara ini adalah cara yang betul untuk sembelih haiwan mengikut syarat dan ajaran Islam dari zaman Rasullah s.a.w lagi. Darah mesti di pastikan keluar dari badan haiwan tersebut supaya segala ‘toxic’ dan benda kotor bebas dari daging yang akan di makan nanti. Haiwan tersebut sama sekali tidak boleh dipukul atau di ikat sehingga ianya menyeksa (terasa sakit) haiwan itu semata-mata untuk membolehkan / mempercepatkan proses sembelihan. Jika seseekor haiwan itu susah untuk dikendalikan maka, haruslah dibiarkan dahulu dan di buat kemudian. Haiwan yang di sembelih itu perlu di jatuhkan ke tanah sebelum sembelih dengan penuh berhati-hati dan perlahan-lahan supaya tidak mencederakan haiwan itu mahupun cedera luar atau pun dalaman. Sebarang penyeksaan mahu pun yang di sedar ataupun tidak di sedar perlu di elakkan sama sekali.
Tukang sembelih yang mengasihani haiwan yang disembelihnya adalah hukumnya Haram untuk dimakannya. Begitu juga kepada sesiapa yang mengasihani haiwan tersebut maka Haram bagi mereka untuk memakannya. Mengasihani disini bermaksud, berasa kasihan dan sedih ke atas nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan. Maka ianya adalah bukan satu perkara yang remeh-temeh atau diambil ringgan untuk menyaksikan menyembelihan haiwan korban. Jadi kepada yang menolong (memegang haiwan) untuk sembelih haruslah sedar akan perkara-perkara yang kecil sebegini. Maka kepada sesiapa yang tidak bersemangat kuat, lebih-lebih lagi kaum perempuan atau anak-anak kecil selalunya dinasihatkan supaya berada jauh dari kawasan sembelihan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika dapat membawa anak-anak remaja supaya berjinak dengan penyembelihan ini supaya mereka dapat terus meneruskan ibadat korban ini di masa hadapan kelak.
Satu lagi yang perlu diambil kira adalah pengunaan daging korban ini. Sebagai tambahan kepada terjemahaan Ustad Abdul Kareem As Saquofi, jika masih ingin memberi daging ini kepada tukang sembelih atau orang yang mengerjakan sembelihan, niatnya perlulah sebagai ‘hadiah’ atau ‘sedekah’ dan bukannya ‘upah’. Daging korban ini juga adalah diharamkan untuk dimakan, dihadiahkan, dan di sedekahkan kepada orang yang bukan Islam. Jadi kita perlu teliti dan berjaga-jaga apabila menghidangkan jamuan (daging korban), dan kepada siapa yang kita menhidangkannya, lebih-lebih lagi apabila kita menjemput orang ramai kerumah kita seperti ‘rumah terbuka’ dan sebagainya. Hidup didalam masyarakat yang majmuk ini, perlulah kita wujudkan sifat harmoni dan toleransi dengan masyarakat yang bukan Islam. Maka dengan kepekaan dan rasa hormat pada kaum lain, kita perlu berjaga-jaga dengan amalan hidup harian kita. Seperti mana kita berharap masyarakat lain untuk menghormati kita maka kita juga perlu menghormati masyarakat lain. Jadi dengan mengadakan sambutan yang meriah dengan menjemput kaum lain ianya adalah satu initiatif untuk hidup dalam keharmonian. Pada masa yang sama kita juga perlu mengambil kira syarat and hukum di dalam Islam supaya tidak keluar dari landasan yang benar. Semoga semua ahli E-Malabari, masyarakat Malabari, India Muslim dan semua warga Islam Malaysia dapat menyambut Hari Raya Korban ini dengan penuh kesedaran dan suasana yang aman dan damai. Sekian. Wassalam