Click to go to the Main Page

Khutbah Jumaat  14 Mei 2004

"Menghayati Wasiat Rasulullah s.a.w."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

 Marilah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya , mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan didunia dan di akhirat.

Kita masih lagi berada di bulan Rabiul Awal . Di sana-sini umat Islam di seluruh penjuru alam, meraya dan mengingati peristiwa kelahiran seorang utusan Allah s.w.t, nabi Muhammad s.a.w, yang diutuskan membawa risalah Islam, dengan peribadi dan akhlak yang mulia. Dalam usaha menuju kehidupan yang selamat di dunia dan akhirat, Nabi s.a.w telah memberikan wasiat penting yang perlu dihayati oleh umat Islam, sekaligus di realisasikan dalam kehidupan sehari-hari. Antara wasiat tersebut ialah

  1.  bertaqwa kepada Allah s.w.t
  2.  bertaubat
  3. berbudi pekerti luhur

Menurut perspektif Islam  perkataan 'Taqwa' bererti melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Sebenarnya banyak sekali kata-kata taqwa yang diungkapkan di dalam Al-Quran, yang mana ianya banyak dikaitkan dengan berbagai persoalan, yang berhubung dengan kehidupan sosial , politik, ekomoni dan budaya. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Al Quran, Surah al Hujurat ayat 13.Bermaskud

"Sesungguhnya orang yang paling mulia pada pandangan Allah adalah yang bertaqwa dikalangan kamu"

Sesungguhnya kemuliaan seseorang itu dalam pandangan Islam bukan dilihat dari segi pangkat dan darjat, tetapi dari nilai takwanya, kerana dalam taqwa itulah terhimpunnya  segala nilai luhur lagi murni yang diperlukan di dalam kehidupan setiap individu muslim, sesuai dengan erti dan kandungan yang dimaksudkan, bermakna ia telah mampu mencapai kehidupan yang mulia dan tertinggi. Mereka juga akan mendapat kasih sayang Allah san di beri kelapangan dalam kehidupan.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Talaak ayat 2 dan 3: bermaksud

" Sesiapa  yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberi jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yag tidak di sangka-sangka"

Sidang pendengar yang di hormati Allah,

 Sessungguhnya pada diri manusia terdapat dua kekuatan yang saling berlawanan arah dan tujuan iaitu akal dan nafsu. Akal mengerah kepada taqwa dan kebajikan. Manakala nafsu mendorong kepada berbuat dosa dan permusuhan. Firman Allah  ( Surah Yusuf 53) bermaksud Sesungguhnya nafsu amaarah itu sentiasa mengajak kamu berbuat jahat"

 Nabi s.a.aw telah berwasiat agar kita segera bertaubat (apabila sudah terlanjur berbuat dosa dan kemunkaran, kerana Allah sentiasa menerima taubat hambaNya); Asalkan taubat itu dari hati yang yang benar-benar  insaf dan ikhlas.

Taubat itu wajib pada semua dosa yang dilakukan, jika maksiat itu itu berlaku antara manusia dan Allah, maka taubatnya hendaklah menepati 4 syarat iaitu:

  1. Hendaklah berhenti dari melakukan maksiat.
  2. menyesali perbuatan dosa dan kejahatan yang dilakukan.
  3. berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut
  4. segera mengiringi dengan amal-amal soleh.

 Sekiranya dosa itu berkaitan dengan manusia  hendaklah ditambah satu syarat lagi iaitu menyelesaikan perkara-perkara yang ada hubungan dengan manusia. kewajipan ini berdasarkan firman Allah didalam Surah Annur Ayat 31 yang bermaksud

"Bertaubatlah kamu semua kepada Allah (atas segala dosa kamu) wahai orang -orang yang beriman, supaya kamu mendapat kebahagiaan."

 

Allah s.w.t yang bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sentiasa menganugerahkan rahmatNya dalam memberikan peluang kepada sekalian hambanya yang telah berbuat dosa, kezaliman, segala bentuk kederhakaan ( baik terhadap Allah dan agama, mahupun sesama manusia) serta membuka lebar pintu taubatnya, kerana barangkali, mereka yang telah tersalah jalan, mahu kembali sedar dan ingin memperbaiki dirinya , sesaui dengan hakikat manusia itu yang dicipta dalam kedaan serba lemah dan tidak sunyi dari melakukan sesilapan. Cuma yang perlu diingati, dosa yang tiada pengampunan dari Allah ialah dosa Syirik ( menyengutukan Allah)

 Firman  Allah( Surah an Nisaa': 38) bermaksud

 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampukan dosa Syirik yang menyengutukan ( dengan sesuatu jua) dan akan menagmpunkan dosa yang lain dari itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya ( menurut aturan syariatNya)."

 Rasullulah s.a.w juga menekankan berbudi pekerti luhur. Sebagai syarat multak bagi terciptanya masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang .

 Menurut Islam , akhlak itu bukan sekadar yang kelihatan sebagai perhiasan lahirnya, malah ia juga meliputi segenap aspek kehidupan individu termasuk sosial,kehidupan ekonomi, politik dan sebagainya yang semuanya itu dinafasi oleh iman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat.

Berakhlak mulia memang menjadi tuntutan Islam. Malahan salah satu faktor penting berhasilnya dakwah baginda adalah kerana akhlak mulia yang ada pada baginda sehingga manjadi daya penarik yang cukup kuat kepada kaum kafir untuk memeluk agama Islam.

 Dengan akhlak "al kariimah " itu jugalah Rasulullah  s.a.w. telah berjaya membangunkan masyarakat adil, makmur dan mendapat keredaan Allah s.w.t., kemudian berjaya pula menyatukan umatnya dan membangun manusia seutuhnya serta menegakkan hak-hak asas yang penuh dengan perikemanusiaan.

Didalam penerapan akhlak mulia itu , terkandung dua unsur utama iaitu memelihara baik hubungan sesama insan dan hubungan insan dengan Tuhannya . Nabi Muhammad s.a.w. dalam masa yang singkat dapat mengubah nasib bangsa Arab manjadi satu bangsa yang besar, bersatu-padu dan maju jaya, hingga dapat mengalahkan kuasa-kuasa raksaksa di zaman itu, seperti empayar Rom  dan Parsi. Di dalam masa yang singkat, Nabi  dapat menyatukan seluruh Semenanjung Arab hingga manjadi satu kuasa yang memancarkan sinar Islam keseluruh dunia. Suatu bangsa tidak mungkin menjadi bangsa yang besar, jika masih ada sifat malas, jumuud, dengki , makbur, riak dan segala sifat yang keji dalam jiwa mereka. Mudah-mudahan bangsa kita manjadi bangsa yang berjiwa besar jua hendaknya, dengan kembalinya kita mematuhi dan menghayati sifat rasulullah s.a.w.

Dipetik dari Khutbah Jumaat Jabatan agama Islam Selangor

 

 

Links- based on relevence