
Sahkah Puasa Seseorang yang Mandi Wajib kerana Jimak Setelah Azan Subuh?
Puasanya sah, sebab hal ini juga pernah terjadi pada diri Rasululllah saw.
Dalam hadis:
Diriwayatkan dari Aisyah ra Bahwa sesungguhnya Nabi saw. dalam keadaan junub sampai waktu Shubuh sedang beliau sedang dalam keadaan puasa, kemudian mandi. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
Sahih Bukhari Volume 3, Book 31, Number 148:
Narrated 'Aisha and Um Salama:
At times Allah's Apostle used to get up in the morning in the state of Janaba after having sexual relations with his wives. He would then take a bath and fast.
Sahih Bukhari Volume 3, Book 31, Number 152:
Narrated 'Aisha: (At times) in Ramadan the Prophet used to take a bath in the morning not because of a wet dream and would continue his fast.
Menurut Ustaz Abdul Kareem As-Saquafi Imam Masjid Malabar Hidayathul Islam, Selayang , berdasarkan Kitab Fathul Mueen :
Puasa seseorang yang berasa dalam hadas besar kerana berjunub (atau keadaan-keadaan yang serupa dengannya iaitu keluar air mani, bersih dari haid dan nifas tetapi belum mandi) maka masih sah puasanya walaupun beliau mandi wajib selepas waktu subuh, Walaubagaimanapun adalah sunat sekiranya dapat mandi wajib sebelum waktu Subuh. ini adalah kerana ianya dapat mengelakkan dari air masuk kedalam rongga -rongga badan jika mandi wajib didalam keadaan berpuasa.
Sekiranya mandi wajid selepas Subuh ,seseorang itu hanya diperlukan membasuh rongga - rongga badan (seperti telinga dan dubur ) pada bahagian yang zahir sahaja , iaitu yang terdedah keluar sahaja semasa meratakan air keseluruh bahagian badan. Walaubagaimanapun sekiranya air termasuk juga kedalam liang liang tersebut semasa mandi wajib maka puasanya tidak batal.
Sebaliknya sekiranya seseorang itu mandi wajib secara dengan cara berendam (menenggelamkan diri dalam air), maka akan batal puasanya sekiranya air masuk kedalam rongga badan .
Satu cara lagi sekiranya seseorang tidak dapat menyempurnakan mandi wajib sebelum Subuh, beliau boleh juga membersihkan bahagian- bahagian rongga badan itu sebelum Subuh disertai dengan niat mandi wajib dan kemudianya menyempurnakan mandi wajib tersebut dalam waktu puasa sesudah Subuh
Rujukan:
Kitab Fathul Mueen oleh Sheikh Zainudeen Makhdum Al Ma'bari (bahasa arab diterjemahkan oleh Abdul Kareem As-Saquafi Imam Masjid Malabar Hidayathul Islam, Selayang)
Translation of Sahih Bukhari: http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/
Panduan Puasa Ramadhan : http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/panduan_puasa_ramadhan.htm
Suara Persatuan Ulama Malaysia Online : http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=376