

Bismillah hir rahman nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau
bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang
bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang
baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur
sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan
sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian
mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan
yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap
hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka
janganlah berasa gentar
dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu
susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah nama kiblat
kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah
yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah
cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa,
zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang
yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku
mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling
besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di
Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun
di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu
adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah
benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah
Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang
menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah- mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
yang berdagang seorang diri didalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi
keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat
ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil
izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Al-Fatihah
Setiap yang bernafas
Pasti akan Mati
"Kullu nafsin za iqatul maut"
Jiehan